Penerbangan ke NY: Kerugian MAS untung Emirates

NEW YORK 5 Jan. – Ramai agen pakar penerbangan dan pengembaraan di pantai timur Amerika Syarikat (AS) menyatakan bahawa kerugian yang dialami Malaysia Airline (MAS) menjadi keuntungan Emirates.
Rujukan yang jelas ialah langkah untuk tidak meneruskan penerbangan langsung MAS sejak empat tahun lepas antara Lapangan Terbang Newark di New Jersey, yang merupakan satu titik penerbangan yang sibuk di pantai timur AS dan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).
"Kami terkejut apabila MAS mula-mula mengumumkan ia menghentikan operasi Newarknya. Kemungkinan langkah itu disebabkan masalah ekonomi yang boleh difahami tetapi terdapat banyak laluan yang tidak menguntungkan yang masih dikendalikan oleh MAS.”
"Lagi pun, pantai timur AS adalah laluan paling penting dan berprestasi di dunia bagi syarikat-syarikat penerbangan, di mana banyak syarikat masih mengendalikan laluan itu walau pun memberikan pulangan yang kecil.
"Juga, langkah menghentikan perkhidmatan itu bukan satu langkah strategik yang baik kerana jika anda berbuat demikian sekali, bukan mudah untuk mendapatkan semula hak jika memutuskan untuk memulakan semula penerbangan,” kata salah satu agen pengembaraan yang berpangkalan di New York yang menjual tiket MAS, tetapi kini mengalihkan kebanyakan penumpang ke Malaysia untuk terbang dengan syarikat penerbangan lain, khususnya Emirates.
Sejak MAS keluar dari Newark, syarikat penerbangan lain telah mencatatkan prestasi menarik bagi pasaran Asia Tenggara yang lumayan itu.
Singapore Airline, yang telah membina rangkaian yang luas hubungan dari JFK di New York dan lapangan terbang Newark New Jersey ke beberapa destinasi di Asia Tenggara, melalui Singapura, kini hampir memonopoli destinasi di rantau itu.

Comments

Popular Posts