KLIA dan LCCT disaran buat pengumuman dalam bahasa Tamil

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Pihak pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) disaran supaya membuat pengumuman dalam bahasa Tamil bagi penerbangan sektor Chennai, India bermula 1 Jan depan untuk memudahkan pengendalian penumpang dari dan ke destinasi itu.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, ini kerana jumlah penumpang bagi laluan itu adalah tinggi dan hampir 90 peratus daripada mereka lebih memahami bahasa Tamil berbanding bahasa Inggeris.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata, jumlah penumpang yang dikendalikan di KLIA dan LCCT berjumlah 434,050 orang di mana 207,697 penumpang yang berlepas manakala 226,353 penumpang tiba dari bandar utama di India selatan itu.
Katanya, jumlah itu meliputi penerbangan oleh pesawat Malaysia Airlines, AirAsia, Jet Airways dan Air India Express

Comments

Popular Posts