MAS, Mastercard beri ganjaran pelanggan paling banyak belanja
KUALA LUMPUR 5 Jan. - Malaysian Airline System Bhd. (MAS) dan MasterCard memberi ganjaran kepada 30 pelanggan paling banyak berbelanja di atas sokongan berterusan mereka dengan percutian dua hari semalam ke Langkawi.
Percutian eksklusif itu bertemakan, 'A Priceless Journey to The Island of Sun, Sea and Sand' di mana mereka menjadi tetamu di The Danna Resort.
Syarikat penerbangan nasional berkenaan dalam satu kenyataan hari ini berkata pelanggan yang paling banyak berbelanja itu dipilih bagi percutian tersebut berdasarkan kepada jumlah tertinggi yang dibelanjakan membeli tiket penerbangan MAS dengan kad MasterCard mereka.
"Tetamu memulakan perjalanan percutian mereka dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menggunakan pesawat MAS, dan dilayan dengan perkhidmatan hospitaliti terbaik syarikat penerbangan itu.
"Selepas tiba di lapangan terbang Langkawi, mereka disambut dengan kalungan bunga dan diikuti resepsi alu-aluan di resort tersebut serta dihiburkan dengan persembahan tarian kebudayaan," kata MAS dalam satu kenyataan
Comments