AirAsia lebih kerap ke Clarke
SEPANG 10 Mei - AirAsia memperkenalkan kekerapan dua kali sehari bagi laluan Kuala Lumpur-Clarke, Filipina mulai 9 Jun ini melalui penerbangan yang dikendalikan oleh syarikat bersekutu, AirAsia Filipina.
Pada masa sekarang, AirAsia hanya menawarkan penerbangan sekali sehari dan pertambahan itu akan menjadikan jumlah penerbangannya sebanyak 28 kali seminggu bagi kedua-dua destinasi.
AirAsia dalam kenyataannya berkata, sempena tawaran terbaru itu, ia akan membuat tawaran khas bagi tambang serendah RM89 sehari dari Kuala Lumpur-Clark mulai sekarang sehingga 13 Mei ini.
Tawaran itu terhad bagi tarikh pengembaraan mulai 9 Jun hingga 30 November 2012 dan semua promosi adalah secara eksklusif melalui laman sesawang
Comments