Pasukan penyelamat Indonesia hadapi cabaran ke tapak nahas Sukhoi
CIJERUK, Indonesia 1 Mei - Pasukan pencari dan penyelamat yang membawa beg mayat dan tandu terpaksa memanjat lereng gunung yang curam hari ini, untuk mengambil 45 mayat mangsa yang berserakan selepas pesawat Rusia terhempas semasa penerbangan sulungnya di republik itu, kelmarin.
Pasukan tersebut menggunakan peralatan mendaki di lereng Gunung Salak, sebuah gunung berapi dorman ke selatan Jakarta. Mereka dikatakan kira-kira 200 meter untuk sampai ke mayat mangsa pertama.
Menurut pihak berkuasa, semua penumpang Sukhoi Superjet 100 terbunuh selepas pesawat itu terhempas di gunung tersebut semasa penerbangan yang bertujuan untuk pemasaran antarabangsa pesawat komersial pasca-Soviet buatan Rusia itu.
Komander tentera operasi menyelamat itu berkata, satu pasukan mendaki dari kaki gunung manakala satu pasukan lagi dari puncak gunung menuju ke lokasi nahas.
Helikopter tidak dapat digunakan ke kawasan nahas ekoran kabus yang tebal. - AFP
Comments