Rolls-Royce buka hab di KLIA

DUA pekerja Rolls-Royce meneliti enjin pesawat di salah sebuah pusat penyelenggaraan aeroangkasa syarikat itu. - Gambar hiasan ihsan Rolls-Royce

KUALA LUMPUR 2 Mei - Rolls-Royce, syarikat sistem kuasa global, telah membuka pusat perkhidmatan luar pertama di terminal utama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mulai hari ini.

Kemudahan itu akan menyokong pangkalan pelanggan aeroangkasa sivil yang berkembang di Asia Tenggara.

Kemudahan itu akan memperlihatkan infrastruktur teknologi maklumat terkini, menyediakan integrasi dengan Pusat Operasi Aeroangkasa Sivil Rolls-Royce di United Kingdom.

Rolls-Royce berkata, pusat itu akan menyediakan tahap sokongan tertinggi kepada pelanggan penerbangan Rolls-Royce termasuklah Malaysian Airline System Bhd. (MAS) dan AirAsia X.

Wakil Ketua Perkhidmatan Aeroangkasa Rolls-Royce, Mark Mc Guinness berkata, kemudahan itu membuktikan komitmen kumpulan kepada para pelanggannya di Asia Tenggara.

"Pelaburan ini adalah keupayaan penyampaian kami kepada para pelanggan seperti AirAsia dan MAS dengan sokongan perkhidmatan yang cemerlang.

"Kemudahan adalah tumpuan utama semua sokongan enjin besar di Malaysia dan akan memainkan peranan penting di rantau ini," katanya.

Rolls-Royce adalah penyedia sistem dan perkhidmatan kuasa di dunia bagi kegunaan di darat, laut dan udara.

Ia telah beroperasi lebih 60 tahun di Malaysia dan ia merupakan rakan strategik dalam pembangunan negara khususnya dalam bidang aeroangkasa, pertahanan dan marin.


Comments

Popular Posts