Tempat duduk percuma AirAsia
KUALA LUMPUR 13 Mei - Promosi tempat duduk percuma AirAsia Bhd. (AirAsia) kembali lagi selepas syarikat penerbangan tambang murah itu memperkenalkan identiti korporat barunya pada minggu lalu.
Kali ini sebanyak 250,000 tempat duduk ditawarkan dengan jumlah promosi sebanyak 1 juta tempat duduk boleh didapati bagi semua destinasi AirAsia termasuk AirAsia Thai, AirAsia Indonesia dan AirAsia Filipina.
Penumpang boleh mendapatkan tempat duduk percuma, dengan hanya perlu membayar surcaj bahan api dan cukai lapangan terbang ke destinasi seperti Pulau Pinang, Langkawi, Singapura, Jakarta dan banyak lagi.
Penerbangan domestik bermula serendah RM21 sehala (surcaj bahan api dan cukai lapangan terbang), manakala penerbangan antarabangsa serendah RM47 sehala.
Pelanggan boleh membuat tempahan di http://www.airasia.com dari sekarang hingga 20 Mei depan bagi tempoh penerbangan dari 4 Januari hingga 22 Mei 2013.
Sementara itu, syarikat penerbangan jarak jauh AirAsia X akan menawarkan tambang satu hala menarik serendah RM200 ke Jepun dan Korea, serendah RM202 ke China, serendah RM250 ke Australia dan serendah RM252 ke Taiwan.
Promosi AirAsia X ini akan bermula pada 16 Mei hingga 20 Mei bagi tempoh penerbangan antara 4 Januari hingga 22 Mei 2013.
Comments