Firefly runding dapatkan pesawat tambahan
SYARIKAT penerbangan Firefly kini sedang berunding bagi mendapatkan pesawat tambahan ATR 72-500 untuk diserahkan beransur-ansur sehingga 2015 bagi menampung pelan peluasannya ke lebih banyak laluan bagi mengukuhkan lagi rangkaiannya.
Pengarah Urusannya, Datuk Eddy Leong berkata, Firefly ketika ini memiliki 12 pesawat ATR 72-500 selepas menerima dua pesawat tambahan baru-baru ini.
Firefly kini terbang ke 10 destinasi domestik dan tujuh destinasi serantau dengan sejumlah 324 penerbangan seminggu menggunakan pesawat ATR.
Comments