LTSM terpaksa ditutup setengah jam
KUALA TERENGGANU: Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), di sini, terpaksa ditutup selama setengah jam berikutan sebuah pesawat latihan Piper Warrior milik Akademi Penerbangan Kolej Islam Sains dan Teknologi (KISTAA) mengalami kerosakan di bahagian tayar ketika melakukan pendaratan, semalam.
Difahamkan kejadian berlaku pada jam 3.20 petang menyebabkan pesawat Penerbangan Malaysia, MH 1336 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang sepatutnya mendarat tidak lama kemudian terpaksa berpatah balik ke KLIA sementara menunggu LTSM dibuka semula selepas pesawat latihan berkenaan siap dibaiki.
Jurucakap KISTAA, berkata pesawat latihan itu dinaiki seorang jurulatih dan pelatih yang menjalani latihan harian sebelum tayar pesawat itu bocor ketika membuat pendaratan.
Comments