Penerbangan sulung pesawat pertama A380 MAS


KUALA LUMPUR 21 Okt. - Penerbangan sulung pesawat pertama, A380 Malaysia Airlines (MAS) berlepas semalam selepas selesai pemasangan akhir dan ujian sistem di Toulouse, Perancis.

Dalam satu kenyataan di sini, Airbus berkata pesawat itu pulang ke Toulouse bagi disediakan perjalanan seterusnya ke kemudahan Airbus di Hamburg, Jerman bagi pemasangan kabin dan kerja mengecat selepas selesai kejayaan penerbangan lima jam itu.

Pesawat itu, yang dikuasakan oleh empat enjin Rolls-Royce Trent 900, adalah pesawat pertama daripada enam pesawat A380 yang ditempah oleh MAS, yang dijadual diserahkan pada suku kedua 2012, katanya.

MAS akan menjadi syarikat penerbangan kelapan mengendalikan pesawat A380.

Comments

Popular Posts