11 penumpang terhidu asap ekzos pesawat
COLOGNE, Jerman 4 Sept. - Seramai 11 penumpang dikejarkan ke hospital akibat terhidu asap ekzos pesawat yang dinaiki selepas ia mendarat, di sini semalam.
Kejadian berlaku sewaktu pesawat Boeing 737 Syarikat Penerbangan XL berkenaan transit di Cologne-Bonn.
Insiden itu memaksa 200 penumpang pesawat tersebut dikeluarkan melalui pintu kecemasan.
Menurut jurucakap syarikat, punca kejadian yang menimpa pesawat dalam perjalanan dari Hanover ke Gaziantep, Turki itu sedang disiasat
Comments