AirAsia sedia perkhidmatan feri ke pulau
KUALA LUMPUR 16 Sept. - Air Asia menyediakan perkhidmatan terbaru untuk memindahkan pelanggannya yang berminat meneruskan perjalanan ke beberapa buah pulau di Thailand menerusi pembelian tiket secara dalam talian.
Air Asia dalam kenyataannya berkata, penumpang ke beberapa destinasi di negara itu boleh menempah tiket perkhidmatan feri itu bermula dari Khamis lepas, manakala perkhidmatan feri akan bermula dari 15 Oktober ini.
Perkhidmatan itu meliputi lima destinasi pulau termasuk Samui, Phangan, Phi Phi, Lanta dan Pulau Lipe.
Ketua Pegawai Eksekutif Thai AirAsia, Tassapon Bijleveld berkata, perkhidmatan baru ini membolehkan pelancong untuk menempah tiket feri ke mana-mana pulau-pulau di selatan Thailand itu dengan serta-merta.
"Kami sedar bahawa kebanyakan pelancong ke wilayah selatan Phuket, Surat Thani, Krabi, Nakhon Si Thammarat dan Hat Yai akan terus ke pulau Samui, Phangan, Phi Phi, Lanta atau Pulau Lipe," katanya.
Comments