Saham AirAsia terus merudum


Saham AirAsia terus merudum

KUALA LUMPUR 19 Sept. - Harga saham AirAsia Bhd. (AirAsia) terus mencatatkan penurunan sepanjang bulan ini dengan ditutup pada RM2.94 hari ini berbanding sekitar RM3.50 pada awal September lalu.
Saham syarikat penerbangan tambang murah berkenaan juga mencatatkan trend penurunan untuk dua hari berturut-turut sejak semalam.
Minggu lalu, prestasinya mula menampakkan peningkatan walaupun bermula dengan trend menurun apabila ditutup pada RM3.10 pada Jumaat lepas.
Namun selepas sesi dagangan dibuka minggu ini, nilai sahamnya terus jatuh kepada RM2.97 semalam dan merosot sebanyak RM0.03 pada hari ini.
Paras tertinggi yang pernah direkodkan saham AirAsia pada tahun ini adalah pada Julai lalu iaitu melebihi RM3.80 sesaham.
Penganalisis melihat senario tersebut sebagai reaksi pasaran terhadap isu pengambilalihan Batavia Air yang menimbulkan sedikit kontraversi dan pelancaran syarikat penerbangan tambang murah baru, Malindo Airways.
Malindo Airways yang merupakan kerjasama antara National Aerospace & Defence Industries Sdn. Bhd. (NADI) dari Malaysia dan PT Lion Group dari Indonesia bakal memulakan operasi pada Mei depan dijangka mampu menyaingi AirAsia dari segi tambang dan tawaran perkhidmatan yang lebih kompetitif.
Ia juga bakal menjadikan KLIA 2 sebagai pangkalan operasi.

Comments

Popular Posts