Krisis China-Jepun: ANA batal 40,000 tempahan



TOKYO 27 Sept. - All Nippon Airways (ANA) semalam mendedahkan bahawa syarikat itu telah membatalkan 40,000 tempahan tempat duduk bagi penerbangan pergi dan balik antara Jepun dan China ekoran pertikaian wilayah antara kedua negara.
Pembatalan penerbangan itu dibuat bagi perjalanan bermula bulan ini hingga November dengan kira-kira 12,000 tempahan bagi penerbangan ke China manakala selebihnya ke Jepun.
Pesaing ANA, Japan Airlines pada Isnin telah melakukan perkara sama dengan 15,500 tempahan tempat duduk bagi kumpulan pelancong juga dibatalkan.
``Kami faham permintaan bagi laluan yang menarik permintaan ramai pelancong agak sukar buat masa ini namun penerbangan kargo yang memberi pendapatan besar kepada syarikat tidak terjejas,’’ kata Presiden ANA, Shinichiro Ito. - AFP

Comments

Popular Posts