mangga add

Wednesday, September 19, 2012

Masalah teknikal: Pesawat milik MAS mendarat cemas

PULAU PINANG 15 Sept. - Sebuah pesawat milik Malaysian Airline System Bhd. (MAS) terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di sini setelah menghadapi masalah teknikal.

Ketika itu pesawat berkenaan dalam penerbangan dari Chennai, India menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Bagaimanapun, tiada kemalangan atau kecederaan ke atas penumpang atau krew pesawat tersebut dalam kejadian pukul 8.04 pagi itu.

Pengurus Kanan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Mohd. Arif Jaafar berkata, berikutan kejadian tersebut, beberapa penerbangan lain terpaksa mendarat lewat di lapangan terbang itu.

"Kita terpaksa memberi kebenaran mendarat bagi menjamin keselamatan penumpang dan anak kapal," katanya di sini hari ini.

Pemeriksaan lanjut sedang dijalankan terhadap pesawat berkenaan dan ia dijangka meneruskan penerbangan dalam tempoh terdekat.

No comments: