NASA lulus pelaburan jet supersonik

WASHINGTON 3 Sept. - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) meluluskan pelaburan berjumlah AS$100,000 (RM310,000) untuk membangunkan pesawat supersonik yang kelihatan seperti senjata berbentuk bintang yang digunakan oleh ninja.

Pesawat itu boleh bergerak secara mendatar dan pada kelajuan supersonik.

Rekaan pesawat tersebut akan membolehkan ia berlepas dan kemudian bergerak secara mendatar selepas mencapai tahap atmosfera supersonik serta boleh terbang di lapisan paling tinggi di ruang udara.

Teknologi itu dicetuskan oleh seorang pensyarah, Dr. Gecheng Zha dari Universiti Miami.

Pusat pengajian di universiti itu mempunyai video animasi bagi memberikan gambaran penuh cara pesawat tersebut terbang.

Laman blog teknologi Engadget melaporkan, pelaburan NASA itu akan membolehkan pensyarah tersebut meneruskan kajian mereka menggunakan simulasi dan ujian terowong angin.

Namun, hasil kajian itu dijangka mengambil masa beberapa dekad untuk menjadi realiti.

Comments

Popular Posts