MAS terbang lima kali sehari ke Bangkok mulai Oktober



KUALA LUMPUR 25 Sept. - Malaysia Airlines akan memulakan perkhidmatan harian kelima antara Kuala Lumpur dan Bangkok, pada 28 Okt, menyambut ulang tahun ke-40 operasi penerbangan antara kedua-dua bandar raya berkenaan.
Penerbangan harian baharu MH796 itu akan berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 9.55 malam untuk tiba di Bangkok pada 11 malam, manakala penerbangan pulang dari ibu negara Thailand itu berlepas setiap hari pada pukul 6.20 pagi untuk tiba di Kuala Lumpur pada pukul 9.30 pagi.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata penerbangan berkenaan akan menggunakan pesawat B737-800 dengan 160 tempat duduk, yang terdiri daripada 16 tempat duduk Kelas Bisnes dan 144 Kelas Ekonomi.
Dengan penerbangan empat kali sehari sedia ada dan penerbangan harian baru mulai 29 Okt, Malaysia Airlines akan menawarkan jumlah kapasiti mingguan sebanyak 5,568 tempat duduk bagi setiap arah, peningkatan 25 peratus daripada kapasiti semasa.
Syarikat penerbangan itu akan meneruskan penerbangan dua kali sehari perkhidmatan pesawat B737-800 antara Phuket dan Kuala Lumpur serta operasi perkongsian kod dengan Bangkok Air bagi Bangkok-Koh Samui (31 penerbangan seminggu), Bangkok-Phuket (14 penerbangan seminggu), Bangkok-Chiang Mai (14 penerbangan seminggu), Koh Samui-Phuket (14 penerbangan mingguan) dan Koh Samui- Kuala Lumpur (penerbangan harian

Comments