Malindo Air akan mulakan laluan KL-New Delhi

NEW DELHI 1 Julai - Syarikat penerbangan Malindo Air bersedia untuk memulakan laluan Kuala Lumpur-New Delhi, kata sumber.

Ia berkata ia kini menunggu kelulusan daripada Kementerian Penerbangan Sivil India.
"Jika semuanya berjalan lancar, laluan itu akan beroperasi mulai 15 Ogos," kata satu sumber yang rapat kepada proses itu kepada Bernama hari ini.

Sungguhpun kekerapan dan jenis pesawat yang akan digunakan bagi aluan lebih lima jam ini masih belum diketahui, tambang pergi balik dijangka kira-kira Rs17,000 (RM887).

Tambang itu adalah 50 peratus lebih rendah daripada tambang yang dikenakan bagi laluan itu secara umumnya.

Malindo mengendalikan 737-900ER Boeing.Dalam satu temu ramah dengan Bernama bulan lepas, ketua pegawai eksekutif Malindo Airways Chandran Rama Muthy berkata syarikat penerbangan itu merancang untuk terbang ke India, China dan negara-negara ASEAN menjelang akhir 2014.



Comments

Popular Posts