MAS tingkatkan penerbangan sempena Hari Raya
KUALA LUMPUR 26 Julai - Syarikat penerbangan, Malaysia Airlines akan menawarkan tambahan 80 penerbangan dan 36 peningkatan kapasiti pesawat antara Kuala Lumpur dan beberapa destinasi dalam negara dan rantau Asia.
Menurut syarikat itu dalam kenyataannya yang dikeluarkan di sini hari ini, pengumuman itu membabitkan tambahan 17,310 tempat duduk antara tempoh dari 3 Ogos hingga 18 Ogos ini.
Bagi penerbangan dalam negara, ia membabitkan penerbangan antara Kuala Lumpur dengan destinasi-destinasi seperti Pulau Pinang, Alor Setar, Langkawi, Sibu, Kota Bahru, Sandakan, Kuala Terengganu, Kuantan dan Tawau.
Manakala bagi penerbangan antarabangsa pula, ia melibatkan penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Phuket, Bali, Kunming dan Taipei.
Tempahan boleh dilakukan mulai hari ini khususnya melalui laman sesawang
Comments