Operasi pembenihan awan berjaya

KUALA LUMPUR 26 Jun - Jabatan Meteorologi Malaysia telah melaksanakan operasi pembenihan awan hari ini bagi menangani masalah jerebu di negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, operasi tersebut menggunakan pesawat C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Cessna C340A.

"Operasi telah bermula pukul 1.30 petang dan berakhir 3 petang menggunakan pesawat C130 TUDM.
"Bagaimanapun, operasi menggunakan pesawat Cessna C340A yang dijadualkan pada pukul 3 petang terpaksa ditangguhkan kepada 5 petang disebabkan masalah ketampakan di lapangan terbang," kata kenyataan tersebut di sini.

Menurut kenyataan itu lagi, kawasan sasaran ialah Ipoh, Rawang, Batang Kali, Kuala Selangor dan Melaka.
"Pembenihan telah dilakukan pada paras ketinggian 7,000 kaki dan mendapati kandungan titisan air adalah tinggi di semua kawasan.

"Selepas pembenihan dilakukan, didapati hujan turun di kawasan-kawasan sasaran kecuali Melaka," kata kenyataan itu.



Comments

Popular Posts