MASholidays tawar pakej percutian ke Dubai

KUALA LUMPUR 22 Julai - MASholidays, cabang pelancongan Malaysia Airlines, menawarkan dua pakej pelancongan eksklusif ke Dubai.

Pakej tersebut menampilkan lawatan ke Burj Khalifa, beberapa restoran terkenal, The Address di Dubai Mall dan The Palace Downtown Dubai.

"Bermula 5 Ogos 2013, penerbangan MH162 akan berlepas dari Kuala Lumpur setiap hari pada 11.30 petang untuk tiba di Dubai pada 2.20 pagi keesokan harinya. Penerbangan pulang MH163 akan berlepas dari Dubai pada 4.10 pagi dan akan tiba di Kuala Lumpur pada 3.25 petang.

"Perkhidmatan pergi balik Kuala Lumpur-Dubai iaitu MH162 dan MH163 menggunakan pesawat Boeing 777-200 dengan jumlah kapasiti 282 dalam setiap penerbangan, iaitu 3,948 tempat duduk setiap minggu," kata MASHoliday dalam satu kenyataan.

Pelanggan boleh memilih daripada dua pakej 5hari/3malam untuk kumpulan atau individu pada RM3499 dan RM2840 setiap satu.

Pakej lawatan kota Dubai Kelas Bisnes 5hari/3malam bermula daripada RM6565 termasuk kediaman 3 malam, Lawatan Bandaraya Dubai, Lawatan Dawn-Future of Dubai, dan jemputan khas dari terminal.
Selain menjadi destinasi pilihan untuk perniagaan dan pelancongan, Dubai juga merupakan hub bagi restoran yang menampilkan pelbagai juadah dari seluruh dunia



Comments

Popular Posts