MAS terbang ke Kochi, mulakan semula laluan Darwin, Dubai

KUALA LUMPUR 8 Julai - Malaysia Airlines akan memperkenalkan penerbangan harian antara Kuala Lumpur dan Kochi, India, bermula 1 Sept, 2013, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ahmad Jauhari Yahya.
Beliau berkata, syarikat penerbangan itu juga akan mengembalikan semula penerbangan antara Kuala Lumpur dan Darwin, Australia, dengan penerbangan lima kali seminggu bermula 1 Nov, 2013.

MAS juga akan mengendalikan kedua-dua laluan dengan pesawat baharu dan dipertingkat B737-800 160 tempat duduk.

Ia juga akan memperkenalkan semula penerbangan harian ke Dubai, bermula 5 Ogos.
"Dubai akan memberikan hubungan ke Timur tengah dan merupakan pasaran berkembang pesat ke Malaysia, yang merupakan destinasi popular pelancong Timur Tengah.

"Kochi dan Darwin adalah pasaran kedua penting yang kukuh dan kami melihat destinasi ini sesuai untuk jaringan keseluruhan kami," kata Ahmad Jauhari pada satu sidang media di sini hari ini.

Beliau menambah bahawa MAS juga mengukuhkan kekerapan dengan aktif ke pelbagai destinasi serantau termasuk penerbangan mingguan 26 kali antara Kuala Lumpur dan Phuket dengan pengenalan satu perkhidmatan harian baharu.
Sementara itu, Pengarah Komersil MAS, Hug
h Noel Dunleavy berkata, MAS menambahbaikkan kumpulan pesawatnya, menjadikan syarikat penerbangan itu memiliki kumpulan pesawat paling baharu di Asia Tenggara menjelang akhir tahun.
"Kami akan memberi perkhidmatan dan produk yang sesuai dalam pesawat itu akan kami akan memastikan kami memberikan pengalaman tambahan kepada semua penumpang kami," katanya.

Comments

Popular Posts