AirAsia tidak akan pindahkan ibu pejabatnya ke Jakarta

KUALA LUMPUR 25 Julai – Ibu pejabat syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd akan terus berlokasi di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) di Sepang, demikian menurut syarikat itu.

"Tiada sebarang rancangan ataupun petunjuk untuk memindahkan ibu pejabat syarikat keluar dari negara ini. Dan semua rangkaian pesawat kami yang berdaftar di Malaysia akan terus beroperasi dari LCCT”.

Syarikat penerbangan itu berkata demikian dalam kenyataan untuk menjelaskan laporan akhbar yang menyatakan AirAsia akan memindahkan “ibu pejabat korporat"nya dari Malaysia ke Indonesia.

Pejabat di Jakarta akan dikenali sebagai AirAsia ASEAN, sebuah entiti yang ditubuhkan di bawah naungan AirAsia, dan matlamat utama unit ini ialah bertindak sebagai pejabat perwakilan AirAsia dalam usaha mengembangkan jenamanya sebagai syarikat penerbangan “Truly ASEAN” dan memperluaskan jangkauan ke pelbagai kumpulan di rantau ini dari segi dasar penerbangan dalam lingkungan ASEAN.

Keputusan untuk menempatkan pejabat wakil di Jakarta berdasarkan semata-mata kepada rasional yang Sekretariat ASEAN berpangkalan di Jakarta, dan pejabat serantau di sana boleh membantu AirAsia mempersembahkan ideanya berkaitan dengan penerbangan serantau dan pertumbuhan pelancongan dengan lebih cekap lag

Comments

Popular Posts