AirAsia X tawar tiket murah ke semua laluan

SEPANG 4 Julai - AirAsia X sehingga hari ini telah 'menerbangkan' lima juta penumpang sejak mula beroperasi pada November 2007, kata syarikat itu dalam satu kenyataan di sini.

Ekoran kejayaannya itu, syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh tersebut akan mengadakan promosi tiket murah mulai hari ini, merentasi semua rangkaian laluannya (tidak termasuk Tehran) dari Kuala Lumpur.

Dengan promosi khas itu, para penumpang berpeluang mengembara di Asia dengan 'terbang' ke China (Hangzhou, Tianjin, Chengdu), India (Bombay, Delhi), Korea (Incheon) dan Jepun (Haneda) pada harga serendah RM255.

Bagi yang berminat untuk ke Eropah pula, harga promosi yang ditawarkan ke London (Stansted) dan Paris (Orly) pula pada RM605 untuk satu perjalanan.

Tiket penerbangan ke Perth (Australia) pula serendah RM305 dan RM355 untuk ke Melbourne dan Gold Coast manakala Taipei dan Taiwan RM305 dan Christchurch, New Zealand RM455.

Penumpang yang mahu menikmati penerbangan mewah dengan katil rata hanya perlu membayar serendah RM779 untuk ke China (Taipei), India (Bombay dan New Delhi) RM799 dan Australia (Melbourne, Gold Coast) RM1,969.

Tambang sebanyak RM1,549 ke Korea (Incheon), RM1,569 ke Japan (Haneda) dan Paris (Orly) pula RM2,089 manakala New Zealand (Christchurch) RM2,099.

Tawaran bagi kelas premium dan ekonomi boleh dibuat melalui tempahan dalam talian mulai 12 tengah malam 4 Julai hingga 8 Julai bagi penerbangan mulai 6 Februari hingga 20 Jun 2012.

Tempahan boleh dibuat melalui laman sesawang airasia.com atau mobile.airasia.com.

Azran dalam kenyataannya berkata, pencapaian AirAsia X itu sangat mengagumkan dan menjangkakan penumpangnya meningkat berganda dalam tempoh dua tahun lagi selepas menerima lima Airbus A330s yang akan digunakan untuk penerbangan ke Asia Pasifik dan Timur Tengah.

Sebagai tambahan kepada promosi itu, AirAsiaGo, juga membuat tawaran pakej termasuk penginapan tiga hari di hotel dengan tiket penerbangan pergi balik serendah RM719 melaluiwww.AirAsiaGo.com.

Tempoh tempahan bermula hari ini sehingga 8 Julai dan penerbangannya pada 4 Julai 2011 hingga 31 Mei 2012.

Comments

Popular Posts