Gangguan sistem: Firefly tangguh promosi Jualan Mega

KUALA LUMPUR 11 Julai – Syarikat penerbangan komuniti, Firefly, sedang membaiki gangguan sistem yang telah menyebabkannya menangguh promosi Jualan Mega dua hari dalam taliannya yang sepatutnya bermula hari ini.

Dalam satu kenyataan, Firefly berkata, ia akan menawarkan promosi ini selepas masalah itu telah diperbaiki. – Bernama

Comments