Jet pejuang Singapura berlatih di Batu Putih - TUDM

KUALA LUMPUR 7 Julai — Siasatan awal Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berhubung insiden pelanggaran ruang udara Malaysia oleh pesawat Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) mendapati ia hanya berlaku di Pulau Batu Putih, kata Panglimanya, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud.

"Apa yang berlaku bersangkut paut dengan keputusan dengan penghakiman mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dahulu.

"Di peringkat kita, jawatankuasa teknikal masih berbincang dan belum ada keputusan akhir kecuali terus membantah insiden tersebut,” katanya ketika ditemui bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selepas menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean di sini, hari ini.

Pada 23 Mei 2008, penghakiman mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague memutuskan bahawa republik Singapura memiliki kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh, yang menjadi isu utama dalam pertikaiannya dengan Malaysia.

Rodzali berkata, insiden tersebut bagaimanapun tidak menganggu keselamatan negara dan negara jiran itu hanya menjalankan sesi latihan sahaja. - Bernama

Comments

Popular Posts