Tiger Airways gantung penerbangan domestik Australia
MELBOURNE 3 Julai - Pihak Berkuasa Keselamatan Penerbangan Awam Australia (CASA) menggantung semua penerbangan domestik Tiger Airways Australia berkuat kuasa 2 Julai.
Perkhidmatan ke Singapura beroperasi seperti biasa, menurut Associated Press Australia.
Menurut CASA, tindakan itu diambil kerana mengambil kira isu keselamatan udara.
Penggantungan itu adalah susulan notis tunjuk sebab kepada syarikat tersebut pada Mac lalu.
"Antaranya termasuk tindakan untuk menambah baik kecekapan juruterbang Tiger dan proses pemeriksaan serta latihan, perubahan kepada pengurusan dan penambahbaikan kawalan penyenggaraan," katanya. - BERNAMA
Comments