RIO DE JANEIRO 13 Julai – Sebuah pesawat kecil terhempas tidak lama selepas berlepas dari bandar timur laut Recife, membunuh 16 orang yang berada dalam pesawat tersebut, hari ini.
Menurut pasukan keselamatan dan pegawai tentera udara, pesawat yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan serantau Noar Airlines terhempas ke belukar berhampiran pantai Boa Viagem selepas berlepas pada 6.51 pagi waktu tempatan (5.51 petang waktu Malaysia) ketika dalam perjalanan ke bandar Natal.
Menurut kenyataan Tentera Udara Brazil, juruterbang melaporkan masalah teknikal telah berlaku tidak lama selepas berlepas dan dia cuba membuat pendaratan kecemasan di pantai.
Imej televisyen menunjukkan badan pesawat berkecai setelah terhempas dengan hanya bahagian ekor pesawat tidak terjejas
Comments