UTM bangunkan UAV bantu kerja pemetaan dari udara

JOHOR BAHRU 25 Julai - Kerja-kerja pemetaan serta rakaman visual melalui udara kini menjadi lebih mudah, cepat dan murah menggunakan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) atau pesawat ringan tanpa pemandu yang dibangunkan penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Peralatan pintar yang pertama seumpamanya diberi nama UTM Maroon Eagle itu dilengkapi sistem penentu kedudukan global (GPS) dan sistem pemanduan automatik yang membolehkan ia terbang pada altitud dan koordinat yang ditetapkan.

Menurut Penyelidik dan Pereka Ciptanya, Dr. Khairul Nizam M. Idris, UTM Maroon Eagle boleh digunakan bagi tiga tujuan utama iaitu kutipan data untuk pemetaan ‘geo-spatial’ dan kerja pemantauan yang tidak memerlukan tenaga manusia.

“Alat ini juga dilengkapi sistem kamera video definisi tinggi (HD) dengan penentu ukuran bagi merekod imej bumi dan kemampuan empat enjin miliknya mampu menghasilkan penerbangan yang stabil dan sistematik.

“Ia juga boleh melakukan pemantauan kejadian tanah runtuh, banjir, gempa bumi, pemetaan kemalangan jalan raya dan pemantauan keselamatan di sempadan,” katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara UTM dan IR Technic Sdn. Bhd. di sini hari ini.

IR Technic diwakili Pengarah Urusannya, Mohd. Irfan Fikri Mohd. Rawi manakala UTM oleh Dekan Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah (FGHT), Prof. Dr. Alias Abd. Rahman.

Khairul Nizam berkata, alat itu yang dicipta dengan kos RM65,000 menggunakan sumber tenaga daripada bateri mampu bertahan selama 40 minit dan terbang sejauh satu kilometer dengan ketinggian 350 meter dan berkelajuan 40 kilometer sejam.

Pesawat pintar itu juga boleh digunakan untuk memantau aset dalam bangunan

Comments

Titanickaram said…
Ada contoh video dlm youtube tak?

Mcm version heli yg sama dlm youtube link nih:

http://www.youtube.com/watch?v=34No-71KJKs&feature=related

Popular Posts