Terbang serendah RM3 dengan AirAsia
KUALA LUMPUR 11 Julai - AirAsia Bhd. (AirAsia) melancarkan kempen promosi penerbangan serendah RM3 ke destinasi dalam dan luar negara sempena pengiktirafan sebagai syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia kali ketiga berturut-turut.
AirAsia dalam kenyataannya di sini berkata, promosi yang dikenali sebagai 'A Big Thank You' ke beberapa destinasi seperti Pulau Pinang, Langkawi, Kota Kinabalu, Sandakan, Sibu, Kuching, Bangkok, Hat Yai dan Phuket dari Kuala Lumpur.
Tempoh tempahan akan dibuka bermula pukul 12 tengah malam pada 12 hingga 17 Julai ini untuk penerbangan di antara 6 Februari hingga 20 Jun 2012.
''Kami berbangga kerana diiktiraf sebagai syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia untuk kali ketiga. Namun begitu ia tidak menjadi kenyataan tanpa sokongan pelanggan.
''Untuk menghargai mereka, kami tawar tiket penerbangan serendah RM3 untuk pelbagai destinasi terpilih tempatan dan rantau ini,'' Ketua Komersial Serantaunya, Kathleen Tan.
Comments