Hangar cat baru Boeing

Hangar cat baharu Boeing di Renton, Washington.

SEATTLE 14 Julai – Boeing telah membuka hangar cat baru di Renton, Washington, berikutan peningkatan kapasiti pengeluaran generasi baru Boeing 737.

Program 737 kini menghasilkan 31.5 buah pesawat setiap bulan dan dijangka bertambah kepada 35 buah pada awal 2012, 38 sebulan pada suku kedua 2013 dan 42 buah sebulan pada separuh pertama 2014.

Pesawat Southwest Airlines 737-700 menjadi kapal terbang pertama yang dicat di kemudahan baharu itu, semalam, menurut Boeing dalam kenyataannya di sini hari ini.

Boeing menjangkakan pasaran bagi pesawat berbadan tirus terus berkembang pada dekad akan datang.

“Dengan unjuran ini, Program 737 akan mengambil beberapa langkah untuk memastikan kapasiti sedia ada mampu memenuhi permintaan.

“Kami telah mengenal pasti hangar cat sebagai satu daripada infrastruktur untuk menyokong pelan masa depan bagi pertambahan pengeluaran Boeing 737 beberapa tahun akan datang,’’ kata Naib Presiden dan Pengurus Besar Program 737, Beverly Wyse.

Boeing berkata, hangar cat itu sebenarnya dibina pada akhir 1950an bagi permulaan Program 707 dan turut digunakan bagi 727 dan 758 sehingga 1995.

Hangar yang dilengkapi bagi semua model 737 akan datang - 600, 700, 800 dan 900 dan setiap kumpulan yang terdiri daripada tujuh tukang cat boleh mengecat sebuah pesawat 737 dalam tempoh tiga hari, bergantung kepada kehendak pelanggan.

Comments

Popular Posts